Sabah Association of Bangsa Sungai

Sabah Association of Bangsa Sungai
Klik disini untuk ke laman utama SABAS

Azman (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Azman menyampaikan watikah pelantikan kepada penyelaras kejohanan itu peringkat kawasan Parlimen Kinabatangan, Matmin Etin turut disaksikan timbalan pengerusi biro berkenaan, Suhaimi Nasir

Azman (duduk tengah), dan Suhaimi (dua dari kiri) bergambar dengan pengerusi-pengerusi penyelaras Dun dan Parlimen

Tuesday, February 16, 2010

SANDAKAN:- Semua Ahli Jawatankuasa Penyelaras Kejohanan Liga Tagajoh Gayoh yang akan dianjurkan oleh Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) disaran supaya bekerjasama rapat dengan wakil rakyat di kawasan masing-masing di mana Liga itu dianjurkan.

Pengerusi Biro Sukan Sabas, Azman Mastar berkata, ianya amat penting bagi melicinkan lagi kejohanan yang julung-julung kali akan diadakan oleh persatuan tersebut di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) dan Parlimen di kawasan yang mempunyai ramai masyarakat daripada suku kaum Sungai.

“AJK pelaksana liga ini juga perlu mengadakan kunjungan hormat kepada wakil rakyat di kawasan tersebut untuk memaklumkan mengenai penganjuran liga tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Sukan Sabas bagi penganjuran liga berkenaan bersama-sama dengan pengerusi-pengerusi penyelaras di peringkat daerah masing-masing yang diadakan di sini, hari ini.

Azman berkata, liga itu akan diadakan bermula pada Aprli depan di peringkat daerah bagi merebut piala yang disumbangkan oleh wakil-wakil rakyat di kawasan di mana liga itu diadakan dan di peringkat negeri ianya akan merebut piala Tagajoh Gayoh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun.

Menurutnya, sebanyak 14 kawasan DUN dan Parlimen terbabit dalam kejohanan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Jawatankuasa penyelaras kejohanan itu di peringkat daerah untuk menarik lebih banyak pasukan daripada masyarakat Sungai untuk menyertai kejohanan tersebut.

No comments:

Post a Comment