Sabah Association of Bangsa Sungai

Sabah Association of Bangsa Sungai
Klik disini untuk ke laman utama SABAS

Azman (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Azman menyampaikan watikah pelantikan kepada penyelaras kejohanan itu peringkat kawasan Parlimen Kinabatangan, Matmin Etin turut disaksikan timbalan pengerusi biro berkenaan, Suhaimi Nasir

Azman (duduk tengah), dan Suhaimi (dua dari kiri) bergambar dengan pengerusi-pengerusi penyelaras Dun dan Parlimen

Friday, February 5, 2010


KOTA KINABALU:-Persatuan Bangsa Sungai Sabah( Sabas) akan menganjurkan kejohanan bola sepak Liga Sabas “Tagajoh Gayoh”peringkat daerah dan negeri serta kebangsaan yang dijangka akan bermula pada Mac depan.

Pengerusi Biro Sukan Sabas, Azman Mastar berkata, kejohanan yang julung kali dianjurkan itu akan membabitkan beberapa daerah yang mempunyai penduduk di kalangan masyarakat daripada suku kaum masyarakat Sungai.

“Bagi pertandingan di peringkat daerah ianya membabitkan 13 kawasan yang mempunyai persatuan dan ahli Sabas, iaitu Kinabatangan, Beluran, Kuamut, Kudat, Sukau, Membakut, Sandakan, Pitas dan Lahad Datu,”katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Biro itu, kelmarin.

Azman yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Sabas berkata, piala rebutan bagi kejohanan peringkat daerah adalah mengikut nama pemimpin, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen di kawasan yang daripada suku kaum bangsa Sungai.

Manakala, katanya, untuk piala pusingan di setiap peringkat daerah dinamakan piala Tagajoh Gayoh daripada Presiden Sabas, Datuk Zakaria Idris.

Menurutnya, pasukan yang menjadi johan dan naib johan di peringkat daerah layak untuk menyertai kejohahan di peringkat negeri bagi merebut “Piala Tagajoh Gayoh” Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Manakala, untuk Liga Sabas Tagajoh Gayoh Tertutup peringkat kebangsaan yang diadakan di ibu negara bakal disertai oleh lapan pasukan daripada Sabas Sabah, Pemuda Umno Titiwangsa dan beberapa pasukan media cetak dan elektronik.

Azman berkata, program itu dianjurkan bertujuan untuk memertabat dan memperkasakan jasa dan sumbangan serta pengorbanan gelaran “Tagajoh Gayoh” terhadapDatuk Seri Musa Haji Aman yang diiktiraf oleh seluruh suku kaum bangsa Sungai dan juga kaum-kaum lain di negeri ini.

Ini katanya, sesuai dengan peranan beliau (Musa) sebagai Ketua Menteri yang paling berjaya.

Di samping itu, katanya, kejohanan itu juga boleh dijadakan flatfrom untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bolasepak untuk diketengahkan di peringkat negeri dan kebangsaan dan seterus antaabangsa.

Beliau berkata, kejohanan itu dibuka kepada semua pasukan suku kaum Sungai di 13 kawasan DUN dan Parlimen yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa pengganjur dan pemain mestilah dari suku kaum itu atau mempunyai pertalian darah suku kaum berkenaan.
Menurutnya, untuk peringkat negeri ianya adalah untuk merebut piala Tagajoh Gayoh Ketua Menteri (Datuk Seri Musa Haji Aman) piala pusingan peringkat daerah ( Datuk Zakaria Idris)

Untuk piala di peringkat daerah DUN dan Parlimen ianya diberi nama Piala Datuk Bung Moktar Radin untuk Parlimen Kinabatangan, Piala Saddi Abdul Rahman (DUN Sukau), Piala Masiung Banah (Kuamut), Piala Datuk Surady Kayong( Sugut), Piala Datuk Ronald Kiandee (Beluran), Piala Datuk Nasrun Datu Mansur(Lahad Datu).

Piala Salleh Kalbi( Silam), Piala Datuk Anifah Aman(Kimanis), Piala Datuk Ariffin Mohd Arif (Membakut) Piala Datuk Bolkiah Ismail (Pitas), Piala Datuk Rahim Bakri( Kudat) dan Piala James Ratib (Beluran).

1 comment: