Sabah Association of Bangsa Sungai

Sabah Association of Bangsa Sungai
Klik disini untuk ke laman utama SABAS

Azman (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Azman menyampaikan watikah pelantikan kepada penyelaras kejohanan itu peringkat kawasan Parlimen Kinabatangan, Matmin Etin turut disaksikan timbalan pengerusi biro berkenaan, Suhaimi Nasir

Azman (duduk tengah), dan Suhaimi (dua dari kiri) bergambar dengan pengerusi-pengerusi penyelaras Dun dan Parlimen

Tuesday, February 16, 2010


KOTA KINABALU: Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT)nya pada 21 Febuari ini di Lahad Datu. Presidennya, Datuk Zakaria Edris berkata, mesyuarat itu akan diadakan di salah sebuah hotel di daerah itu untuk membincangkan beberapa agenda khususnya dalam memperkasakan lagi persatuan itu. “Saya meminta semua supaya semua Ahli MT Sabas dapat hadir pada mesyuarat tersebut,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum berkata, mesyuarat MT Sabas akan diadakan secara bergilir di beberapa daerah di negeri ini yang mempunyai cawangan persatuan itu .
“Tujuan kita untuk mengadakan mesyuarat MT di lain-lain daerah adalah untuk membolehkan anggota MT dan ahli-ahli Sabas di daerah-daerah yang mempunyai cawangan persatuan ini dapat mengendali dengan lebih dekat lagi serta mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat Sungai,”katanya.
Sehubungan itu, katanya, mesyuarat MT akan datang akan diadakan di Kudat dan selepas itu ianya akan diadakan beberapa daerah lain lagi.
Sementara itu,, pada malam 20 Ferbuari ini iaitu sehari sebelum mesyuarat MT akan diadakan malam penghargaan Sabas bersama Tagajoh ( Datuk Zakaria) bersama cawangan-cawangan Sabas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lahad Datu dan Tungku serta penerimaan keahlian baru persatuan tersebut.
Di samping itu, persembahan tradisi daripada masyarakat suku kaum Sungai Lahad Datu juga akan diadakan pada malam berkenaan.
SANDAKAN:- Semua Ahli Jawatankuasa Penyelaras Kejohanan Liga Tagajoh Gayoh yang akan dianjurkan oleh Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) disaran supaya bekerjasama rapat dengan wakil rakyat di kawasan masing-masing di mana Liga itu dianjurkan.

Pengerusi Biro Sukan Sabas, Azman Mastar berkata, ianya amat penting bagi melicinkan lagi kejohanan yang julung-julung kali akan diadakan oleh persatuan tersebut di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) dan Parlimen di kawasan yang mempunyai ramai masyarakat daripada suku kaum Sungai.

“AJK pelaksana liga ini juga perlu mengadakan kunjungan hormat kepada wakil rakyat di kawasan tersebut untuk memaklumkan mengenai penganjuran liga tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Sukan Sabas bagi penganjuran liga berkenaan bersama-sama dengan pengerusi-pengerusi penyelaras di peringkat daerah masing-masing yang diadakan di sini, hari ini.

Azman berkata, liga itu akan diadakan bermula pada Aprli depan di peringkat daerah bagi merebut piala yang disumbangkan oleh wakil-wakil rakyat di kawasan di mana liga itu diadakan dan di peringkat negeri ianya akan merebut piala Tagajoh Gayoh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun.

Menurutnya, sebanyak 14 kawasan DUN dan Parlimen terbabit dalam kejohanan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Jawatankuasa penyelaras kejohanan itu di peringkat daerah untuk menarik lebih banyak pasukan daripada masyarakat Sungai untuk menyertai kejohanan tersebut.

Friday, February 5, 2010




SANDAKAN:-Liga Bola Sepak Tagajoh Gayoh yang julung-julung kali akan dianjurkan oleh Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) akan diadakan bermula pada April depan bagi peringkat Daerah, manakala untuk peringkat negeri ianya dijangka diadakan pada bulan Jun.

Pengerusi Biro Sukan Sabas, Azman Mastar berkata, kejohanan itu akan Membabitkan beberapa daerah yan mempunyai penduduk di kalangan masyarakat daripada suku kaum masyarakat Sungai di negeri ini.

Katanya, bagi pertandingan di peringkat daerah ianya membabitkan 13 kawasan
Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang mempunyai ahli Sabas, iaitu Kinabatangan, Beluran, Kuamut, Kudat, Sukau, Sandakan, Pitas, Lahad Datu dan Membakut.

Menurutnya, piala rebutan untuk kejohanan peringkat daerah adalah mengikut nama pemimpin, iaitu Adun dan Ahli Parlimen di kawasan berkenaan.

Azman berkata, kejohanan di peringkat negeri merupakan acara kemuncak liga tersebut yang akan mempertemukan pasukan-pasukan yang menjadi johan dan naib johan di peringkat daerah untuk merebut piala Tagajoh Gayuh, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Katanya, penganjuran liga itu, selain untuk merapatkan hubungan di kalangan para pemain daripada masyarakat Sungai, ianya lebih signifikan bagi mengiktiraf sumbangan besar penerima gelaran ‘Tagajoh Gayoh” iaitu Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman kepada masyarakat suku kaum Sungai, suku-suku kaum lain di negeri ini dan juga pembangunan negeri Sabah./ends.

Kelihatan: Zakaria dan Azman bersama Ahli Jawatankuasa Biro Sukan Sabas danAhli Jawatankuasa pelaksana Kejohanan Liga Bola Sepak Tagajoh Gayoh merakamkan gambar bersama Ketua Menteri Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.

KOTA KINABALU:-Persatuan Bangsa Sungai Sabah( Sabas) akan menganjurkan kejohanan bola sepak Liga Sabas “Tagajoh Gayoh”peringkat daerah dan negeri serta kebangsaan yang dijangka akan bermula pada Mac depan.

Pengerusi Biro Sukan Sabas, Azman Mastar berkata, kejohanan yang julung kali dianjurkan itu akan membabitkan beberapa daerah yang mempunyai penduduk di kalangan masyarakat daripada suku kaum masyarakat Sungai.

“Bagi pertandingan di peringkat daerah ianya membabitkan 13 kawasan yang mempunyai persatuan dan ahli Sabas, iaitu Kinabatangan, Beluran, Kuamut, Kudat, Sukau, Membakut, Sandakan, Pitas dan Lahad Datu,”katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Biro itu, kelmarin.

Azman yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Sabas berkata, piala rebutan bagi kejohanan peringkat daerah adalah mengikut nama pemimpin, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen di kawasan yang daripada suku kaum bangsa Sungai.

Manakala, katanya, untuk piala pusingan di setiap peringkat daerah dinamakan piala Tagajoh Gayoh daripada Presiden Sabas, Datuk Zakaria Idris.

Menurutnya, pasukan yang menjadi johan dan naib johan di peringkat daerah layak untuk menyertai kejohahan di peringkat negeri bagi merebut “Piala Tagajoh Gayoh” Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Manakala, untuk Liga Sabas Tagajoh Gayoh Tertutup peringkat kebangsaan yang diadakan di ibu negara bakal disertai oleh lapan pasukan daripada Sabas Sabah, Pemuda Umno Titiwangsa dan beberapa pasukan media cetak dan elektronik.

Azman berkata, program itu dianjurkan bertujuan untuk memertabat dan memperkasakan jasa dan sumbangan serta pengorbanan gelaran “Tagajoh Gayoh” terhadapDatuk Seri Musa Haji Aman yang diiktiraf oleh seluruh suku kaum bangsa Sungai dan juga kaum-kaum lain di negeri ini.

Ini katanya, sesuai dengan peranan beliau (Musa) sebagai Ketua Menteri yang paling berjaya.

Di samping itu, katanya, kejohanan itu juga boleh dijadakan flatfrom untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bolasepak untuk diketengahkan di peringkat negeri dan kebangsaan dan seterus antaabangsa.

Beliau berkata, kejohanan itu dibuka kepada semua pasukan suku kaum Sungai di 13 kawasan DUN dan Parlimen yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa pengganjur dan pemain mestilah dari suku kaum itu atau mempunyai pertalian darah suku kaum berkenaan.
Menurutnya, untuk peringkat negeri ianya adalah untuk merebut piala Tagajoh Gayoh Ketua Menteri (Datuk Seri Musa Haji Aman) piala pusingan peringkat daerah ( Datuk Zakaria Idris)

Untuk piala di peringkat daerah DUN dan Parlimen ianya diberi nama Piala Datuk Bung Moktar Radin untuk Parlimen Kinabatangan, Piala Saddi Abdul Rahman (DUN Sukau), Piala Masiung Banah (Kuamut), Piala Datuk Surady Kayong( Sugut), Piala Datuk Ronald Kiandee (Beluran), Piala Datuk Nasrun Datu Mansur(Lahad Datu).

Piala Salleh Kalbi( Silam), Piala Datuk Anifah Aman(Kimanis), Piala Datuk Ariffin Mohd Arif (Membakut) Piala Datuk Bolkiah Ismail (Pitas), Piala Datuk Rahim Bakri( Kudat) dan Piala James Ratib (Beluran).